Langkau ke kandungan
Kandar League

Carian popular

Kandar League

Tentang

Satu liga untuk semua

Kandar League ialah rumah digital budaya nasi kandar Malaysia — dibina oleh Kandartology bersama komuniti.

Dua penilaian, dua suara

Kami tidak pernah menggabungkan rating komuniti dan skor rasmi menjadi satu nombor. Anda sentiasa tahu siapa yang memberi penilaian.

Rating Komuniti (1–5★)

Purata review daripada ahli berdaftar. Setiap ahli hanya boleh menulis satu review bagi setiap restoran, pemilik tidak boleh review restoran sendiri, dan review yang dilaporkan disemak oleh moderator.

Skor Rasmi Kandartology (/10)

Diberi hanya selepas pasukan Kandartology makan di restoran tersebut. Setiap skor ada tarikh dan pautan kepada ulasan asal. Pemilik restoran tidak boleh mengubah atau membeli skor ini.

Status rasmi Kandartology

  • Belum Dikunjungi

    Pasukan Kandartology belum mengunjungi restoran ini.

  • Kandartology Verified

    Pasukan Kandartology pernah datang makan, tetapi belum memberi skor rasmi.

  • Kandartology Verified

    Telah diulas dan diberi skor rasmi oleh Kandartology.

  • Surr Approved

    Skor rasmi tinggi. Rasa yang buat kami kata “surrr”.

  • Kalih Meja Choice

    Pilihan istimewa. Sedap sampai nak kalih meja dan tambah lagi.

  • Kandartology Hall of Fame

    Legenda nasi kandar. Konsisten bertahun-tahun.

Tier Kandar League

  • Hall of Fame

    Legenda yang diiktiraf Kandartology.

  • Champions League

    Legasi. Konsisten. Kelas tersendiri.

  • Premier League

    Kualiti tinggi. Wajib cuba.

  • Liga Nasional

    Pilihan kukuh di seluruh negara.

  • Liga Komuniti

    Permata tempatan. Bintang masa depan.

  • Belum Disenaraikan

    Belum cukup review untuk masuk liga.

Kedudukan diterbitkan secara bermusim. Lihat cara kedudukan dikira.

Surrr • Kalih Meja

“Surrr” bila kuah kena tekak. “Kalih meja” bila sedap sampai nak pusing balik ke kaunter. Itulah semangat utara yang kami bawa ke seluruh Malaysia.